Aku sedar akan kelemahan mengisi masa untuk menulis diblog adalah kelemahan yang perlu aku perbaiki. Masa ada, tapi idea dan kerajinan itu memerlukan kejituan hati yg benar-benar angkuh ingin membuat blog. Haahaha. Semalam aku telah menutup blog mayalara yg telah menjadi lara itu... Jadi aku mengabadikan blog ini sebagai kisah maya. Seharusnya ia hidup seperti alam maya, cantik seperti maya karin, maya lah juga medium perantaraan. Hadirlah kisah itu di antara maya. Ku cuba membendungkan waktu bersama maya, mencoret kisah-kisah dari peristiwa-peristiwa yang akan dan sedang dan selepas berlaku...
Cerita tentang masa lalu... Kisah tentang hari ini tentang alam, perasaan, seni hidupku, tentang engkau dan aku...
Ketika kita mencari sebuah jawapan kepada perkara yang menyulitkan; banyak perkara yang tak diundang tiba, memadam segala berahi dunia namun kita harus pasrah... apa yang tinggal sekadar insan Yang Bernama Cinta...