Wednesday, September 26, 2007

Berdiam diri ibarat berpuasa...

Ah... 14 hari kita berpuasa. Puasa kali ini tak banyak kerenah. Perut tak terasa lapar, tetap cergas disiang hari. Tapi peliknya jadi benar-benar letih selepas berbuka... Nak solat pun malas. Arrrggghhh... Anyway aku tetap ingin menyahut cabaran Cekem siapa yang akan turun berat badan banyak... Oppsss... Usaha! Caiyoo.

Apapun... Encik Mat Yatim terima kasih kerana memilihkan nama Mayalara untuk blog saya nih... Cantik, terpikat. Maya... sesuatu yang Universal, lara... keciwa... maksudnya sesuatu Universal yang kecewa. Kah kah kah... lawak lak bunyik tu, tapi kadang kala kecewa itu boleh menjadi perangsang untuk melahirkan karya. Tol tak. Betul kata cicak.

Wat Ryann, aku kenal nama lama ko Yan... Biarlah nama bertukar, tapi kawan aku yang cekeding tu usah bertukar perasaan dan tindakan... Aku dah ada blog, biarlah ku sambut pelawaan mu untuk bersama-sama ber blog..


Salam Ramadan...

Monday, September 24, 2007

cinta...

cinta itu lebih tua daripada alam kerana atas dasar cintalah Tuhan menjadikan alam ini...