Monday, November 26, 2007

Rahsia dihati Tidak Siapa yang tahu...

merenung, merindu, kesepian selepas membaca buku AisyaSofea. Ia memang mengasyikkan, apatah lagi lelaki2 yg dilahirkan adalah sesempurna impian manusia. Gentlemen, penyayang, penuh dgn naluri kasih sayang, berwajah tampan aduh,!!! sungguh lumayan. Aku memang merindui karya Aisya Sofea. Berulangkali aku membacanya tanpa jemu. Itulah lelaki idaman ku. Itulah lelaki yg digambarkan oleh Aisyasofea. Aku masih lagi tidak jemu membaca kisah2 dia. Mungkin lelaki2 itu hanya boleh ku impikan apabila membaca novelnya...

Tuesday, November 13, 2007

perempuan itu


kadang-kadang kita kena menjadi orang lain. Keluar dari belenggu intrig.. kadang-kadang menjadi orang tidak bernama, duka, ceria usah dibayangi kisah - kisah itu...

Friday, November 2, 2007

Kerana Mu Malaysia


Sheikh Muszaphar Shukor
From Wikipedia, the free encyclopedia

Sheikh Muszaphar Shukor

ANGKASA

Astronaut


Nationality
Malaysian


Status
Active


Born
July 27, 1972 (1972-07-27) (age 35)Kuala Lumpur, Malaysia
Other occupation


Orthopedic Surgeon
Space time
10d 21h 14m
Selection



Soyuz TMA-11, Soyuz TMA-10
Missioninsignia

Sheikh Muszaphar Shukor (born Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha on July 27, 1972) is a Malaysian orthopedic surgeon and is the first Malaysian to go into space. He was launched to the International Space Station aboard Soyuz TMA-11 with the Expedition 16 crew on October 10, 2007. Sheikh Muszaphar flew under an agreement with Russia through the Angkasawan program, and returned to Earth on October 21, 2007, aboard Soyuz TMA-10 with the Expedition 16 crew members, Fyodor Yurchikhin and Oleg Kotov, after nine days aboard the station.


Walaubagaimanapun, aku memang tetap menyukai dan salute Dr nih. Apa2 pun aku dah dapat tandatangan Dr SMS nih ngan Mejar Faiz...

Thursday, November 1, 2007

Hepi birthday to me.

Hari inilah hari jadik aku. Time nilah mak aku tengah lahir kan aku. Waktu tu hujan sampai banjir. Memang thrill la waktu tu. Mak sakit kat rumah. Kakak aku kata aku kembar air. Banyak air ketuban keluar. Kakak aku ada seorang tu tak boleh bercakap, tp tau menjerit jek. Satu kampung dia panggil. Menggelabah. Abah time tu tak ada kat rumah, pegi Singapore abang nombor 3 kawin. Jadik bila mak dah nak dekat bersalin, dia di hantar ke hospital Melaka. Jadik, tak lama lepas tu, aku pun keluarlah selepas mak berhempas pulas meneran aku. Aku lahir secara songsang. Punggung dulu. Patut lah buntut aku seksi sikit. kakakakaka. Aku lahir waktu magrib, hr Isnin. Esoknya mak dibenarkan pulang ke rumah. Waktu tu kampung ku mesti melalui lorong, ditepi kubur, ada sawah padi, dan bukit barulah jumpa rumah aku. Jadi bayangkan dari kubur banjir sehingga dikaki bukit yg rendah. Memang hujan lebat, banjir sampai ke atas jalan. Orang kampung tolak lah mak di atas basikal, sambil mak pegang aku, ttp air kat atas jalan tu dah semakin deras, basikal mcm nak jatuh dlm air, aku dikendong oleh nenek sedara beramai2 beratur sampai di tempat yg tak ada air... jadik memang kelahiran aku disambut meriah oleh seluruh kampung. Baby yg comel itu pun dinamakan lah Balkis sempena nama aku nih. Kekekekeke.

Hidup aku diwaktu kecil tak lah mewah pun. Tp kasih sayang orang tua memang mewah. Aku sering jugak lah dibuli oleh kakak aku.

Tuesday, October 9, 2007

Syawal datang lagi...


Menitis air mata bila teringat kan bonda tersayang pergi mengadap ilahi ketika umat Islam menjalani ibadah puasa. Masa tu 3 hari lagi nak raya... Sedih tak boleh nak kata. Sehingga sekarang aku tak boleh bercerita tentang kesedihan itu... Sedih tentang kehilangan yang teramat sangat... Kehilangan itu mengajar aku menjadi takut akan kehilangan lagi... Apa yang penting aku memang tak pernah mengungkapkan kata 'sayang' pada bonda secara nyata. Tapi apa yang aku lakukan dari dulu hingga hayatnya aku tahu aku mendahului bonda... Niatku untuk membahagiakan bonda. Kasih sayang itu tak akan ditukar dgn apa pun. Semoga Allah menempatkan bonda dan ayahandaku ditempat orang2 yg beriman. AMIN. 'Mak... akih sayangkan mak...' AL-FATIHAH.




Wednesday, October 3, 2007

Memori itu...




Masih teringat kenangan sedih dimasa lalu... Selaamt hari raya buat kawan-kawan semua. Semoga berbahagia di Aidilfitri ini. Memandu secara selamat. Ampun maaf dipinta.

Wednesday, September 26, 2007

Berdiam diri ibarat berpuasa...

Ah... 14 hari kita berpuasa. Puasa kali ini tak banyak kerenah. Perut tak terasa lapar, tetap cergas disiang hari. Tapi peliknya jadi benar-benar letih selepas berbuka... Nak solat pun malas. Arrrggghhh... Anyway aku tetap ingin menyahut cabaran Cekem siapa yang akan turun berat badan banyak... Oppsss... Usaha! Caiyoo.

Apapun... Encik Mat Yatim terima kasih kerana memilihkan nama Mayalara untuk blog saya nih... Cantik, terpikat. Maya... sesuatu yang Universal, lara... keciwa... maksudnya sesuatu Universal yang kecewa. Kah kah kah... lawak lak bunyik tu, tapi kadang kala kecewa itu boleh menjadi perangsang untuk melahirkan karya. Tol tak. Betul kata cicak.

Wat Ryann, aku kenal nama lama ko Yan... Biarlah nama bertukar, tapi kawan aku yang cekeding tu usah bertukar perasaan dan tindakan... Aku dah ada blog, biarlah ku sambut pelawaan mu untuk bersama-sama ber blog..


Salam Ramadan...

Monday, September 24, 2007

cinta...

cinta itu lebih tua daripada alam kerana atas dasar cintalah Tuhan menjadikan alam ini...