Thursday, November 1, 2007

Hepi birthday to me.

Hari inilah hari jadik aku. Time nilah mak aku tengah lahir kan aku. Waktu tu hujan sampai banjir. Memang thrill la waktu tu. Mak sakit kat rumah. Kakak aku kata aku kembar air. Banyak air ketuban keluar. Kakak aku ada seorang tu tak boleh bercakap, tp tau menjerit jek. Satu kampung dia panggil. Menggelabah. Abah time tu tak ada kat rumah, pegi Singapore abang nombor 3 kawin. Jadik bila mak dah nak dekat bersalin, dia di hantar ke hospital Melaka. Jadik, tak lama lepas tu, aku pun keluarlah selepas mak berhempas pulas meneran aku. Aku lahir secara songsang. Punggung dulu. Patut lah buntut aku seksi sikit. kakakakaka. Aku lahir waktu magrib, hr Isnin. Esoknya mak dibenarkan pulang ke rumah. Waktu tu kampung ku mesti melalui lorong, ditepi kubur, ada sawah padi, dan bukit barulah jumpa rumah aku. Jadi bayangkan dari kubur banjir sehingga dikaki bukit yg rendah. Memang hujan lebat, banjir sampai ke atas jalan. Orang kampung tolak lah mak di atas basikal, sambil mak pegang aku, ttp air kat atas jalan tu dah semakin deras, basikal mcm nak jatuh dlm air, aku dikendong oleh nenek sedara beramai2 beratur sampai di tempat yg tak ada air... jadik memang kelahiran aku disambut meriah oleh seluruh kampung. Baby yg comel itu pun dinamakan lah Balkis sempena nama aku nih. Kekekekeke.

Hidup aku diwaktu kecil tak lah mewah pun. Tp kasih sayang orang tua memang mewah. Aku sering jugak lah dibuli oleh kakak aku.

No comments: