Saturday, December 20, 2008

Kematian







Pada 17 Disember 2008. 5.45 petang. Saya menerima panggilan telefon daripada Najua. Dia menangis, saya seperti biasa merasakan pasti ada hal yang berlaku. Tapi kali ini seolah dia menangis mengenai kehilangan sesuatu. Pada ketika itu, saya berada di sebelah Along, sambil mengucapkan innalillahhi wainna ilahirajiun.. Sesiapa pun yg mendengar, pasti sudah tahu akan ada berita kematian.'Puan... saya tak dapat datang. Bapa saya baru meninggal'. Najua, awak tabahkan hati... Ahh, kenangan sewaktu saya berhadapan dgn kehilangan abah ketika usia saya menginjak 19 tahun. Bagaimana ya nk menempuhi seluruh kehidupan tanpa ada orang tersayang... Keesokkan harinya ramai di kalangan pensyarah, kakitangan, pelajar ASWARA menziarahi majlis pengebumian arwah bapa Najua di tanah perkuburan Islam Ampang. Ramai kenalan bapanya hadir. Begitu juga kawan-kawan P.Ramlee bapa kepada Nasir. Sejujurnya saya tidak pernah masuk ke kawasan perkuburan itu. Saya melihat orang ramai telah pun membanjiri kawasan tersebut. Jenazah telah pun ditimbus sebahagian dari tanah. Saya berjalan, melihat Najua sedang menangis. Kami bersalaman dan memeluknya. Sabarlah najua, kuatkan semangat awak. Allah sayangkan dia. Puan, saya patah semangat. Saya lebih sengsara lepas ini... Tiba-tiba saya teringat sms dia pada saya bulan lepas. Tentang keresahan dan masalah yang bersilih ganti. Saya berkata padanya, Sabar lah Najua, jangan putus asa dalam hidup ini. Selama ini awak pun keseorangan menempuhi kesulitan hidup tanpa sesiapa, kali ini, kita kena redha atas segala-galanya, awak kena mengharunginya seorang diri juga. Itulah kisah kehidupan awak, dan saya dengan kisah kehidupan syaa sendiri...






2 comments:

ryann said...

sedih lo pasal kehilangan ni. kubur atuk & nenek aku (sebalah bapa) ada berhampiran dengan kubur allahyarham p.ramlee tu

Anonymous said...

yeker.. Sedih gak kan. MCMAMNA ngan bangsawan tu beb