Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha

Menempuhi hari-hari yang penuh dengan rahmat Allah, kesihatan yang baik, rezeki yang berlimpah ruah, kasih sayang yang tiada bertepi...Alhamdulillah. Hari ini kedengangaran lagi Takbir Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, La ila ha illallah hu wallah hu akbar... Saya berhari raya di Sg. Buloh. Suami tiada bersama. Anak-anak dan seorang kakak sahaja yang bersama-sama di rumah ini. Kadang-kadang terfikir, kenapa dalam menginginkan sebuah keluarga yg sentiasa berada di rumah ketika orang Islam menyambut hari kebesaran, tetapi saya dan suami jarang-jarang mendapat peluang itu. Ditambahkan pula dengan pelbagai bencana alam yang berlaku baru-baru ini. Esok, suami ku akan berada di Terengganu kerana bertugas untuk mangsa banjir. Itulah... pengorbanan yang aku terpaksa lalui lagi...

Dan saya pula, esok akan bermula hari bekerja. Satu perulangan akan bermula. Berulang-ulang, kerja-kerja...kerja... Begitu hari-hari hidup saya, seperti adanya, mengharapkan rahmat Allah jua. Salam untuk Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat baginda, para guru-guruku, emak dan abah, keluarga saya... mohon diberi Syafaat NYA. Aminn.

No comments: