Thursday, May 20, 2010
Come BaCK!!!
aku ingin buat comeback. dlm blog nih. harap2 dapat kekuatan nak meneruskan bidang ini. huhuhuhuhu
Saturday, December 20, 2008
Siapa kita disisi Allah
Pusara P.Ramlee
Pusara A.R Tompel

Pusara Saloma

Pusara Norizan

Saya masih lagi terpanggil untuk menulis tentang kematian. Mengambil peluang dan ruang untuk menginsafi diri, menziarahi pusara-pusara seniman dan seniwati kita. Alhamdulillah, melihatkan kubur Nasir P. Ramlee diabadikan berdekatan dengan kubur bapanya P.Ramlee, diapit pula ibu tirinya Saloma dan Norizan. Disebelah pusara itu, kelihatan pusara bermarmar hijau, pusara A.R Tompel. Terharu dan syahdu melihatkan nama-nama yang telah pergi dipanggil Ilahi. Saya merenung satu persatu pusara ini, timbul persoalan bilakah tiba masa saya, siapakah disisi ketika dipanggil ilahi... Siapa kita disisi Allah. Semoga Allah memelihara roh2 orang muslimin dan muslimat. Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. A-Fatehah. Amin
Kematian



Pada 17 Disember 2008. 5.45 petang. Saya menerima panggilan telefon daripada Najua. Dia menangis, saya seperti biasa merasakan pasti ada hal yang berlaku. Tapi kali ini seolah dia menangis mengenai kehilangan sesuatu. Pada ketika itu, saya berada di sebelah Along, sambil mengucapkan innalillahhi wainna ilahirajiun.. Sesiapa pun yg mendengar, pasti sudah tahu akan ada berita kematian.'Puan... saya tak dapat datang. Bapa saya baru meninggal'. Najua, awak tabahkan hati... Ahh, kenangan sewaktu saya berhadapan dgn kehilangan abah ketika usia saya menginjak 19 tahun. Bagaimana ya nk menempuhi seluruh kehidupan tanpa ada orang tersayang... Keesokkan harinya ramai di kalangan pensyarah, kakitangan, pelajar ASWARA menziarahi majlis pengebumian arwah bapa Najua di tanah perkuburan Islam Ampang. Ramai kenalan bapanya hadir. Begitu juga kawan-kawan P.Ramlee bapa kepada Nasir. Sejujurnya saya tidak pernah masuk ke kawasan perkuburan itu. Saya melihat orang ramai telah pun membanjiri kawasan tersebut. Jenazah telah pun ditimbus sebahagian dari tanah. Saya berjalan, melihat Najua sedang menangis. Kami bersalaman dan memeluknya. Sabarlah najua, kuatkan semangat awak. Allah sayangkan dia. Puan, saya patah semangat. Saya lebih sengsara lepas ini... Tiba-tiba saya teringat sms dia pada saya bulan lepas. Tentang keresahan dan masalah yang bersilih ganti. Saya berkata padanya, Sabar lah Najua, jangan putus asa dalam hidup ini. Selama ini awak pun keseorangan menempuhi kesulitan hidup tanpa sesiapa, kali ini, kita kena redha atas segala-galanya, awak kena mengharunginya seorang diri juga. Itulah kisah kehidupan awak, dan saya dengan kisah kehidupan syaa sendiri...
Friday, December 19, 2008
Kesah
Nak cakap mcm mana lah kan!
Aku adalah orang itu.
Tak boleh jadi lain!
Aku tetap aku.
Tak boleh jadi yg lain.
Apa nak harap pada aku.
Aku bukan lain macam orang lain!
Memang tak boleh jadi lain dari yang lain-lain,
melainkan ada keizinan....
Lahir setelah fikiran bercelaru....
Aku adalah orang itu.
Tak boleh jadi lain!
Aku tetap aku.
Tak boleh jadi yg lain.
Apa nak harap pada aku.
Aku bukan lain macam orang lain!
Memang tak boleh jadi lain dari yang lain-lain,
melainkan ada keizinan....
Lahir setelah fikiran bercelaru....
Monday, December 8, 2008
Salam Aidiladha
Menempuhi hari-hari yang penuh dengan rahmat Allah, kesihatan yang baik, rezeki yang berlimpah ruah, kasih sayang yang tiada bertepi...Alhamdulillah. Hari ini kedengangaran lagi Takbir Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, La ila ha illallah hu wallah hu akbar... Saya berhari raya di Sg. Buloh. Suami tiada bersama. Anak-anak dan seorang kakak sahaja yang bersama-sama di rumah ini. Kadang-kadang terfikir, kenapa dalam menginginkan sebuah keluarga yg sentiasa berada di rumah ketika orang Islam menyambut hari kebesaran, tetapi saya dan suami jarang-jarang mendapat peluang itu. Ditambahkan pula dengan pelbagai bencana alam yang berlaku baru-baru ini. Esok, suami ku akan berada di Terengganu kerana bertugas untuk mangsa banjir. Itulah... pengorbanan yang aku terpaksa lalui lagi...
Dan saya pula, esok akan bermula hari bekerja. Satu perulangan akan bermula. Berulang-ulang, kerja-kerja...kerja... Begitu hari-hari hidup saya, seperti adanya, mengharapkan rahmat Allah jua. Salam untuk Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat baginda, para guru-guruku, emak dan abah, keluarga saya... mohon diberi Syafaat NYA. Aminn.
Dan saya pula, esok akan bermula hari bekerja. Satu perulangan akan bermula. Berulang-ulang, kerja-kerja...kerja... Begitu hari-hari hidup saya, seperti adanya, mengharapkan rahmat Allah jua. Salam untuk Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat baginda, para guru-guruku, emak dan abah, keluarga saya... mohon diberi Syafaat NYA. Aminn.
Wednesday, August 20, 2008
Anneyonghaseyo
Wednesday, April 30, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)


